Kisah Sebuku Roti

(Kisah berikut diterima melalui WhatsApp. Tentang rezeki dan barakah. Semoga kita mengambil iktibar. Agak panjang…)

Pada satu masa dulu, ada seorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari, dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja.

Satu hari, Nabi Musa AS lalu di tempat orang tua itu. Orang tua itu pun fikir inilah peluang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak, dia tanya,

“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya? Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih dari itu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih.”

Continue reading

Advertisements