Mencari-Suami@JS.com

Tajuk: Mencari-Suami@JS.com
Penulis: Normaslina Masri
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Jumlah mukasurat: 632
ISBN: 978-967-5118-58-6

Saya jarang baca buku novel Bahasa Melayu. Walaupun saya berfikiran terbuka untuk membaca apa jenis genre, kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Tambahan pulak, novel Melayu selalunya pasal cintan-cintun. Adoi… Jadi, untuk membaca novel Melayu seperti banyak yang ada sekarang ni is just not my style.

Untuk mempelbagaikan lagi senarai buku yang telah saya baca (dan mengembalikan kemahiran saya dalam bahasa ibunda), apa lagi, saya pun ke perpustakaan dan bertekad untuk membaca lebih banyak buku Melayu. Susahnya nak cari buku yang ok dan tak meluatkan bila dibaca sinopsisnya. Tajuk buku ini menarik perhatian saya kerana terasa sangat moden dan santai. Bila terbaca catatan ringkas di kulit belakang buku ini, terfikir ceritanya mesti ada unsur lucu juga. Isunya juga hits very close to home! 😉

Protagonis Sofea Saloma (atau Sofi) yang sudah lebih 30 tahun tapi masih membujang (dek kesibukan kerja, kononnya itu alasannya) diberi kata dua oleh ibu bapanya untuk mendapatkan calon suami dalam masa yang suntuk. Jika tidak, mereka akan menjodohkannya dengan jiran sekampung, Yusuf, teman sepermainannya dari kecil. Untuk mengelakkan diri dari dijodohkan, dia dengan desperate-nya meminta tolong kawan baiknya, Su, yang mencadangkan sebuah iklan mencari suami. Ini yang mencetuskan bermacam perkara yang menjadikan cerita ini naik turun berombak. Banyak bab lucu terutama sekali dengan bahasa yang bersahaja (ada campur Melayu dan Inggeris), dan segala perasaan dan fikiran Sofi dapat dibaca kerana cerita ini berjalan mengikut sudut pandangan Sofi.

Disebabkan iklan itu, Aliff kembali semula dalam kehidupan Sofi setelah menghancurkan hatinya 8 tahun sebelumnya. Sementara itu, Sofi pulak makin tertarik dengan teman sekerjanya, Sham si manis. Tidak lupa juga Yusuf yang seperti the most eligible bachelor yg sememangnya menaruh hati pada Sofi sejak dari dulu lagi.

Watak-watak sampingan seperti Ain Zulaika (anak Aliff), Mak Milah (pengasuh Ain) dan terutama sekali Su (kawan baik Sofi) yang ada kala seperti comic relief juga tidak kurang menariknya. Watak-watak lelakinya – Sham, Aliff dan Yusuf – tegas tapi boleh menjadi romantis dengan cara mereka sendiri. Ada isu kekeluargaan, perkahwinan, kesihatan dan keislaman ditunjukkan dalam cerita ini. Ada juga banyak product placement. (Ada sponsor ke?) Bagi saya, mesti juga tutup sebelah mata untuk tidak mengendahkan editing yang tak begitu baik seperti banyak typo error dan sebagainya. Sayang, terasa seperti terbitan Melayu kurang kualitinya.

Cerita ini membuat saya tersenyum dan tertawa sendiri. Dari separuh jalan cerita pula, ia boleh menjadi sangat menyayat hati sehingga saya juga menangis sendiri. Ada beberapa perkara yang tidak diceritakan dengan lebih mendalam lagi, seperti bagaimana cerita cinta antara Aliff dan Sofi dulu, mengapa Aliff meninggalkan Sofi, dan apa sebenarnya penyakit Aliff. Ini menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan akhirnya cerita ini. Mungkin ia dibiarkan sedikit open-ended supaya pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Ataupun membuka jalan untuk cerita selanjutnya, Book 2?

.
Sedikit catatan dari kulit belakang buku:

Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

Hari datang dan hari pergi. Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba. Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA.

Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I. Sebabnya?

Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!

Overall rating: 70%

(See disclaimer here.)

Advertisements

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s